Perhimpunan Bulanan
ko-kurikulum
Tarikh: 23-9-12
Masa: 7:20 – 8:00am
Tempat : Tapak Perhimpunan Sekolah
Sasaran: Murid-murid Tahun 1 hingga 6
Objektif:
1. Memberi pendedahan dan
pengenalan tentang sejarah dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Pasukan
Pengakap dan Persatuan Buddhist.
2. Menyebarkan maklumat dan
meningkatkan pengetahuan murid tentang perkembangan Pasukan Pengakap dan
Persatuan Buddhist sekolah ini.
3. Mencungkil bakat
murid dalam pelbagai bidang.
4. Melatih ketrampilan dan
kepimpinan murid yang mengendalikan sesi perhimpunan.
AKtiviti-aktiviti:
1. Murid Tan Li Tian dari 4H
telah mengetuai murid-murid membaca ayat-ayat dalam “Di Zi Gui”.
2. Penolong kanan III
menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang
dalam pertandingan luar sekolah.
3. Ahli-ahli dalam Persatuan
Buddhist dari kelas 5M telah mempersembahkan acara menyanyi lagu.
4. Koh Shu Qi dari kelas 5M
telah mempersembahan acara muzik.
5. Ahli-ahli dalam Pasukan
pengakap dari kelas 5M telah mempersembahkan acara menyanyi lagu.
6. Ahli-ahli dalam Pasukan
pengakap dari kelas 4M, 4U dan 4B telah mempersembahkan acara tarian “ Dream
High”.
7. Ahli-ahli dalam Pasukan
pengakap dari Tahun 4,5 dan 6 telah mempersembahkan acara tarian “ Remix Dance”.
8. Guru besar memberi ucapan.
Ulasan:
Pada keseluruhannya, semua acara
berjalan lancer. Pelajar-pelajar amat berkeyakinan dalam pengendalian
perhimpuan. Penerangan yang diberi manfaat kepada murid-murid. Murid-murid yang
menyampaikan persembahan pula membuat persiapan yang baik. Penyediaan peralatan
dan PA system berfungsi dengan baik.
Sesi perhimpunan ini boleh dikatakan bermakna dan memberi peluang kepada
murid untuk mencungkil bakat mereka.
AKTIVITI SANGAT BAIK DIJALANKAN DI KALANGAN MURID-MURID UNTUK MEMBINA MODAL INSAN YANG BAGUS.
回复删除Terima-kasih :)
回复删除Bagusnya, sekolah saudari mengadakan perhimpunan bulanan ko-kurikulum. Perhimpunan ini telah memberi peluang kepada murid-murid mencungkil bakat diri .Secara tidak langsungnya sifat keyakinan diri akan dipupuk di kalangan murid.
回复删除